Saturday, June 13, 2009

PERATURAN SEKOLAH

1.1 PERATURAN AM

1.1.1 Setiap pelajar diwajibkan hadir ke sekolah pada hari pertama persekolahan.
1.1.2 Bagi pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, pelajar mestilah menyertakan dokumen seperti berikut sebagai bukti:
a. Sakit - mesti ada surat pengesahan doktor/pegawai perubatan
b. Kematian - mesti ada surat pengesahan kematian daripada
hospital/penghulu/ ibu/bapa/penjaga.
1.1.3 Pelajar yang tidak dapat hadir 3 hari berturut-turut dalam seminggu atau 10 hari berselang dalam sebulan ke sekolah/aktiviti ko-kurikulum/kelas tambahan/kelas amali dan lain-lain aktiviti sekolah dengan tanpa apa-apa maklumat daripada ibu/bapa/penjaga, surat makluman akan dikeluarkan. Jika tiada tindakan ibu bapa/penjaga selepas TUJUH (7) hari surat makluman akan dikeluarkan, surat Amaran 1 akan dikeluarkan dan seterusnya seperti berikut: - 3 hari berturut-turut,10 hari berselang-selang
a. Surat amaran 1 - 10 markah demerit
b. Surat amaran 2 - 15 markah demerit
c. Amaran terakhir - 20 markah demerit
d. Makluman Penggantungan dengan tarikh
1.1.4 Pelajar yang tidak hadir selama 30 hari berturut-turut atau berselang, pelajar boleh digantung persekolahan selama seminggu (1 minggu) dengan makluman ibu/bapa/penjaga.
1.1.5 Pelajar yang tidak hadir selama 60 hari berturut-turut atau berselang, pihak sekolah akan mengambil tindakan menggantungkan pelajar tersebut selama dua minggu (2 minggu) dengan makluman ibu/bapa/penjaga.
1.1.6 Mana-mana pelajar yang tidak hadir melebihi 60 hari, pelajar berkenaan akan dicadangkan kepada Jabatan Pelajaran Sabah untuk dibuang sekolah.
1.1.7 Pelajar kehadiran kurang 80%, dikehendaki membuat kerja amal yang ditetapkan oleh pihak sekolah mengikut masa dan keperluan.
1.1.8 Masa persekolahan:-
Sesi Pagi : Isnin – Selasa : 6.45 pagi - 1.10 petang
Rabu – Khamis: 6.45 pagi – 12.35 tengahari
Jumaat : 6.45 pagi – 11.20 pagi
HARAPAN SEKOLAH

Saya ingin menjadi salah satu pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Saya juga ingin mengharumkan nama sekolah di seluruh dunia agar tiada sekolah yang lain tidak dapat bersaing dengan sekolah SMK Seri Bintang Utara.

SUMBANGAN TERHADAP SEKOLAH

Sumbangan saya terhadap sekolah SMK Seri Bintang Utara adalah saya akan menyumbangkan seberapa yang saya mampu untuk mengharumkan nama sekolah di persada dunia.
VISI
Menjadikan SMK SBU sekolah bestari terkemuka di negara ini, Menghasilkan Pelajar – pelajar bertaraf antarabangsa dan sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan.

MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara akan menjayakan sistem pendidikan yang holistik sejajar dengan aspirasi negara dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti melalui permuafakatan usaha dan gigih di kalangan warga sekolah dan komuniti setempat.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara berasal dan berasaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit Bintang dan dulunya dikenali sebagai Bukit Bintang Girls School.
Bermula pada tahun 1893 di Jalan Brickfields dan pada tahun 1929 didaftar sebagai Chinese Girls School apabila berpindah ke Jalan Davidson.
Nama Bukit Bintang Girls School dibina sekolah dibarunya di Jalan Bukit Bintang. Pada tahun 2000 dan dipremisnya yang lama didaftar sebagai SMK Seri Bintang Utara.
Pada tahun 2001, sekolah ini berpindah ke Taman Shamelin Perkasa, Cheras dan mula beroperasi sebagai sekolah satu sesi. SMK Seri Bintang Utara adalah sebahagian daripada Kompeks Seri Bintang.
Pada 1893, di Jalan Brickfields dan diasaskan oleh Cik Betty Langlands.
Pada tahun 1895, berpindah ke Jalan Davidson dan dikenali sebagai The Chinese Girls School.
Pada 1929, sekolah telah berpindah ke Jalan Bukit Bintang dan nama sekolah diubah kepada Bukit Bintang Girls School.
Pada 1958 pula, Cik Elena M. Cooke menjadi pengetua tempatan yang pertama.
Pada tahun 1999, ia diiktiraf menjadi Sekolah Bestari dan Puan Nor Rezan bt. Bapoo Hashim menjadi pengetua pertama.
Pada tahun 2000, SMK Seri Bintang Utara. Tahun terakhir di premis lama di Jalan Bukit Bintang.
Pada tahun 2001, sekolah beroperasi di premis baru di Taman Shamelin Perkasa dan bermulanya satu sesi persekolahan sahaja.