PERATURAN SEKOLAH
1.1 PERATURAN AM
1.1.1 Setiap pelajar diwajibkan hadir ke sekolah pada hari pertama persekolahan.
1.1.2 Bagi pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, pelajar mestilah menyertakan dokumen seperti berikut sebagai bukti:
a. Sakit - mesti ada surat pengesahan doktor/pegawai perubatan
b. Kematian - mesti ada surat pengesahan kematian daripada
hospital/penghulu/ ibu/bapa/penjaga.
1.1.3 Pelajar yang tidak dapat hadir 3 hari berturut-turut dalam seminggu atau 10 hari berselang dalam sebulan ke sekolah/aktiviti ko-kurikulum/kelas tambahan/kelas amali dan lain-lain aktiviti sekolah dengan tanpa apa-apa maklumat daripada ibu/bapa/penjaga, surat makluman akan dikeluarkan. Jika tiada tindakan ibu bapa/penjaga selepas TUJUH (7) hari surat makluman akan dikeluarkan, surat Amaran 1 akan dikeluarkan dan seterusnya seperti berikut: - 3 hari berturut-turut,10 hari berselang-selang
a. Surat amaran 1 - 10 markah demerit
b. Surat amaran 2 - 15 markah demerit
c. Amaran terakhir - 20 markah demerit
d. Makluman Penggantungan dengan tarikh
1.1.4 Pelajar yang tidak hadir selama 30 hari berturut-turut atau berselang, pelajar boleh digantung persekolahan selama seminggu (1 minggu) dengan makluman ibu/bapa/penjaga.
1.1.5 Pelajar yang tidak hadir selama 60 hari berturut-turut atau berselang, pihak sekolah akan mengambil tindakan menggantungkan pelajar tersebut selama dua minggu (2 minggu) dengan makluman ibu/bapa/penjaga.
1.1.6 Mana-mana pelajar yang tidak hadir melebihi 60 hari, pelajar berkenaan akan dicadangkan kepada Jabatan Pelajaran Sabah untuk dibuang sekolah.
1.1.7 Pelajar kehadiran kurang 80%, dikehendaki membuat kerja amal yang ditetapkan oleh pihak sekolah mengikut masa dan keperluan.
1.1.8 Masa persekolahan:-
Sesi Pagi : Isnin – Selasa : 6.45 pagi - 1.10 petang
Rabu – Khamis: 6.45 pagi – 12.35 tengahari
Jumaat : 6.45 pagi – 11.20 pagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment