Saturday, June 13, 2009

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara berasal dan berasaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit Bintang dan dulunya dikenali sebagai Bukit Bintang Girls School.
Bermula pada tahun 1893 di Jalan Brickfields dan pada tahun 1929 didaftar sebagai Chinese Girls School apabila berpindah ke Jalan Davidson.
Nama Bukit Bintang Girls School dibina sekolah dibarunya di Jalan Bukit Bintang. Pada tahun 2000 dan dipremisnya yang lama didaftar sebagai SMK Seri Bintang Utara.
Pada tahun 2001, sekolah ini berpindah ke Taman Shamelin Perkasa, Cheras dan mula beroperasi sebagai sekolah satu sesi. SMK Seri Bintang Utara adalah sebahagian daripada Kompeks Seri Bintang.
Pada 1893, di Jalan Brickfields dan diasaskan oleh Cik Betty Langlands.
Pada tahun 1895, berpindah ke Jalan Davidson dan dikenali sebagai The Chinese Girls School.
Pada 1929, sekolah telah berpindah ke Jalan Bukit Bintang dan nama sekolah diubah kepada Bukit Bintang Girls School.
Pada 1958 pula, Cik Elena M. Cooke menjadi pengetua tempatan yang pertama.
Pada tahun 1999, ia diiktiraf menjadi Sekolah Bestari dan Puan Nor Rezan bt. Bapoo Hashim menjadi pengetua pertama.
Pada tahun 2000, SMK Seri Bintang Utara. Tahun terakhir di premis lama di Jalan Bukit Bintang.
Pada tahun 2001, sekolah beroperasi di premis baru di Taman Shamelin Perkasa dan bermulanya satu sesi persekolahan sahaja.

No comments:

Post a Comment